Deruan ombak yang menghembus pantai,
Dikala angin melambai-lambai,
Tatkala fikiranku melayang, entah hilang ke mana,
Tapi yang ku rindukan itu, pastikan ku kecapi juga nanti,
Tatkala pantai menggamitkan tangannya kepadaku,
Tatkala bukit-bukit mengalu-alukan kepulanganku,
Tatkala jalan-jalan yang tersedia bagiku untuk merentasinya,
Dan tatkala itu juga diriku ini akan terus menanti buat selamanya,
Tidak akan sesekali untukku terus berhenti untuk menanti,
kerana yang ku inginkan itu, mesti harus ku kecapi,
demi kebahagiaan yang kekal abadi,
nantikan kepulanganku wahai ibu yang tercinta,
akanku cium tanganmu itu,
akanku kucup pipimu yag lembut itu,
akanku kucup dahimu yang ku rindu itu,
doamu ibu, sentiasa ada bersamaku disini,
dan begitu juga diaku buatmu yang tidak pernah terhenti disini.
| Cintaku Selamanya...inilah mak kesayangan ain.. Rindunya dekat mak.. Semoga Allah jaga mak dengan baik ye mak.. Ain akan ingat segala pesan mak..untuk belajar sungguh-sungguh.. Insya Allah.. Amin.. |
♥
mak ndak!!!!!
ReplyDeletehe2..mak kamiiii....
ReplyDelete