Thursday, 21 February 2013

~Salam Ukhwah untuk semua~



Assalamualaikum semua, apa khabar saudara saudari hari ini? Ya diharapkan semoga semua berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya. Blog ini baru sahaja ain buat, tu yang macam kosong lagi. Maklumlah baru belajar-belajar nak buat blog ni, sebenarnya dari dulu lagi nak buat, nak buat tak buat-buat juga he2. Tapi tak apelah sekarang kan dah buat. :)
Ain ni sebenarnya suka juga menulis-menulis ni, tapi sebenarnya tak la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh la.
Tambahan pula, ( ambui ayat ) he2 mula mengarut dah ain ni, tak adalah bukan apa cuma latihkan diri supaya boleh menulis dengan lebih baik lagi, manala tahu jadi wartawan ke satu hari nanti he2,
(wartawan lah sangat) :) . Sekarang ni ain sedang melanjutkan pengajian di dalam bidang-bidang media ni sebenarnya, tapi wartawan tu tak mungkinlah majoring yang akan ain pilih sama sekali, sebab nak jadi wartawan ni dia perlu hidup di dalam 1 dunia lain bila kita dah cebur dalam bidang ni, maksudnya DUNIA WARTAWAN sahaja yang ada dalam hidupnya, tetapi dalam masa yang sama ramai yang kata wartawan ni best, apa-apapun dia bergantung kepada minat juga. Tak apelah, masih ada dua majoring lagi iaitu penyiaran dan pengiklanan, jadi cuma perlu pilih la. He2, bukan senang nak pilih sebenarnya, sekarang ni baru semester kedua ain belajar di sini, jadi di semester ini kami baru belajar asas-asas di antara ketiga-tiga bidang ini, semester ketiga baru buat pilihan, tengoklah nanti macam mana ye. Insya Allah ain akan pilih yang terbaik. Doakan ain ye. :)

Bukan senang sebenarnya kos ni, ada orang ingat mudah, cuba ambil tengok. he2. Tapi dalam dunia ni manalah nak ada benda yang senang kan, tak percaya? Cuba tanya diri sendiri, betul ke tak apa yang ain cakap, sedangkan nak makan, minum, urus diri semua tu kita yang kena lakukan sendiri bukan robot yang lakukan, kalau kata robot yang lakukan, barulah kita boleh kata senang ja hidup ni, tak perlu begerak mana pun, ada je robot yang buat semua, kita cuma duduk sahaja. Bayangkan robot yang tolong duduk dalam dewan peperiksaan dan jawabkakn peperiksaan untuk kita. Wahh sangat hebat, tapi nak ke kita jadikan robot sebagai permudahkan kerja kita, lama-lama pengakhiran hidup kita berlalu macam tu sahaja, betul tak apa yang ain cakapkan ni, he2, kalau ada yang kata betul tak apelah tapi kalau ada yang kata tak betul ke, merepek je ain ni ke, tu pun tak salah sebenarnya, sebabnya kita ni ramai jadi pelbagai pendapat, pandangan yang boleh kita peroleh, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. :)

Ok lah, daripada ain duk mengarut tak habis-habis baik ain noktahkan ayat, he2.
Nanti kita akan bertemu lagi dengan entri yang seterusnya ye jika ada kelapangan insya Allah.





                                         
                                             Salam Ukhwah : ain ibrahim.

No comments:

Post a Comment