Sunday, 24 February 2013

~Tidur~

Assalamualaikum..selamat pagi semua.. :)
harap-harap pagi ini kita semua dilimpahi rahmatNya..
ditambah pula dengan hujan rahmat pagi ini...
ya hujan..sejuk sahaja pagi ni, bangun dengan segar untuk ke kelas walaupun masih mengantuk.. tetapi tadi ni, tunggu pensyarah selama setengah jam agaknya, dah tak datang kami semua pakat-pakat pulang ke DPP masing-masing (bagi yang tak ada kelas la) macam ain ni.. he2.. bagi yang ada kelas masih terus melangkah menuju destinasi yang seterusnya.. he2..macam apa-apa je ayat ain ni kan, ala-ala skema sikit ditambah dengan ayat-ayat bunga, he2.. itulah ain.. 
tapi macam mana pun, masih ada kelas lepas ni jam 12.30 pula, kelas asas keusahawanan.. sajala update blog ni, bukan apa pun sebenarnya, hanya untuk mengelakkan diri daripada tidur.. biasalah dah menjadi rutin pelajar u, ada ja masa terluang sikit, mulalah cari peluang untuk tidur, semua tu perkara biasa kan.. he2.. tidur dah lewat, mula la nak manjakan diri untuk tidur bila ada waktu terluang.. Ok, bila bercakap soal tidur, ain teringat balik kata-kata pensyarah ain, pensyarah cakap (lebih kurang macam ni la,cuma ada yang ain tokok tambah sikit-sikit untuk sedapkan ayat supaya semua faham,he2..), kalau kita ni asyik tidur sahaja, sebenarnya kita rugi sangat-sangat, sedangkan banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya, kalau kita tidur je maknanya hidup kita hari tu macam kosong la sebab tak diisi dengan sesuatu, pensyarah kata cukuplah kita tidur 8 jam tu je, tak perlulah tidur yang berlebihan, tapi ain faham, di u ni pelajar bukannya dapat tidur cukup pun kan 8 jam, ada yang buat assgmentnya lah, ada yang study, ada yang layan facebook ada yang macam-macam lagi, jadi tidur pun lewat..he2.. tapi kita kenalah pandai-pandai jaga masa kita ni ye semua, kalau tidur lewat sebab assgment,study ke..tak menjadi masalah tapi janganla layan facebook ke, blog ke atau benda yang kita rasa tak perlu sangat.. tapi ain tak kata tak boleh layan fb, boleh.. cuma kena pada waktunya lah ye, teguran ni bukan untuk yang di luar sana sahaja, tapi masih berbalik pada menasihati diri ain ni juga, kita ni semua sama sahaja..ok.. sama-sama kita saling tegur menegur dan berkongsi apa yang ada.. oklah, jumpa lagi...nak siap ke kelas pula ni...nanti lewat pula.. tata semua..


No comments:

Post a Comment