Sunday, 24 February 2013

~Tidur~

Assalamualaikum..selamat pagi semua.. :)
harap-harap pagi ini kita semua dilimpahi rahmatNya..
ditambah pula dengan hujan rahmat pagi ini...
ya hujan..sejuk sahaja pagi ni, bangun dengan segar untuk ke kelas walaupun masih mengantuk.. tetapi tadi ni, tunggu pensyarah selama setengah jam agaknya, dah tak datang kami semua pakat-pakat pulang ke DPP masing-masing (bagi yang tak ada kelas la) macam ain ni.. he2.. bagi yang ada kelas masih terus melangkah menuju destinasi yang seterusnya.. he2..macam apa-apa je ayat ain ni kan, ala-ala skema sikit ditambah dengan ayat-ayat bunga, he2.. itulah ain.. 
tapi macam mana pun, masih ada kelas lepas ni jam 12.30 pula, kelas asas keusahawanan.. sajala update blog ni, bukan apa pun sebenarnya, hanya untuk mengelakkan diri daripada tidur.. biasalah dah menjadi rutin pelajar u, ada ja masa terluang sikit, mulalah cari peluang untuk tidur, semua tu perkara biasa kan.. he2.. tidur dah lewat, mula la nak manjakan diri untuk tidur bila ada waktu terluang.. Ok, bila bercakap soal tidur, ain teringat balik kata-kata pensyarah ain, pensyarah cakap (lebih kurang macam ni la,cuma ada yang ain tokok tambah sikit-sikit untuk sedapkan ayat supaya semua faham,he2..), kalau kita ni asyik tidur sahaja, sebenarnya kita rugi sangat-sangat, sedangkan banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya, kalau kita tidur je maknanya hidup kita hari tu macam kosong la sebab tak diisi dengan sesuatu, pensyarah kata cukuplah kita tidur 8 jam tu je, tak perlulah tidur yang berlebihan, tapi ain faham, di u ni pelajar bukannya dapat tidur cukup pun kan 8 jam, ada yang buat assgmentnya lah, ada yang study, ada yang layan facebook ada yang macam-macam lagi, jadi tidur pun lewat..he2.. tapi kita kenalah pandai-pandai jaga masa kita ni ye semua, kalau tidur lewat sebab assgment,study ke..tak menjadi masalah tapi janganla layan facebook ke, blog ke atau benda yang kita rasa tak perlu sangat.. tapi ain tak kata tak boleh layan fb, boleh.. cuma kena pada waktunya lah ye, teguran ni bukan untuk yang di luar sana sahaja, tapi masih berbalik pada menasihati diri ain ni juga, kita ni semua sama sahaja..ok.. sama-sama kita saling tegur menegur dan berkongsi apa yang ada.. oklah, jumpa lagi...nak siap ke kelas pula ni...nanti lewat pula.. tata semua..


Friday, 22 February 2013

~Perjalanan Hidup Seorang Insan~


Hari-hari yang mendatang...dia lalui dengan begitu sepinya...sayu hatinya taktala dia ingin melayari hari-hari yang berikutnya..kata hati..mahu sahaja dia pergi jauh daripada segala permasalahan dunia...DUNIA??? apa yang ada pada dunia..hanya kesibukan para insan yang terlalu alpa dengan duniawi...mana perginya nilai kasih dan sayang yang Allah kurniakan pada kita...dia berfikir dan terus berfikir...apakah yang mungkin terjadi pada dunia yang akan datang...hidup penuh dengan kekerasan..tanpa belas dan kasih...adakah mereka sedar,Allah sudah mengurniakan nikmat kasih dan sayang dalam diri setiap umat manusia...tapi mereka masih lagi angkuh dengan kehebatan diri..tanpa memandang pada dirinya yang begitu sepi meratapi hari-hari yang mendatang....






Thursday, 21 February 2013

~Salam Ukhwah untuk semua~



Assalamualaikum semua, apa khabar saudara saudari hari ini? Ya diharapkan semoga semua berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya. Blog ini baru sahaja ain buat, tu yang macam kosong lagi. Maklumlah baru belajar-belajar nak buat blog ni, sebenarnya dari dulu lagi nak buat, nak buat tak buat-buat juga he2. Tapi tak apelah sekarang kan dah buat. :)
Ain ni sebenarnya suka juga menulis-menulis ni, tapi sebenarnya tak la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh la.
Tambahan pula, ( ambui ayat ) he2 mula mengarut dah ain ni, tak adalah bukan apa cuma latihkan diri supaya boleh menulis dengan lebih baik lagi, manala tahu jadi wartawan ke satu hari nanti he2,
(wartawan lah sangat) :) . Sekarang ni ain sedang melanjutkan pengajian di dalam bidang-bidang media ni sebenarnya, tapi wartawan tu tak mungkinlah majoring yang akan ain pilih sama sekali, sebab nak jadi wartawan ni dia perlu hidup di dalam 1 dunia lain bila kita dah cebur dalam bidang ni, maksudnya DUNIA WARTAWAN sahaja yang ada dalam hidupnya, tetapi dalam masa yang sama ramai yang kata wartawan ni best, apa-apapun dia bergantung kepada minat juga. Tak apelah, masih ada dua majoring lagi iaitu penyiaran dan pengiklanan, jadi cuma perlu pilih la. He2, bukan senang nak pilih sebenarnya, sekarang ni baru semester kedua ain belajar di sini, jadi di semester ini kami baru belajar asas-asas di antara ketiga-tiga bidang ini, semester ketiga baru buat pilihan, tengoklah nanti macam mana ye. Insya Allah ain akan pilih yang terbaik. Doakan ain ye. :)

Bukan senang sebenarnya kos ni, ada orang ingat mudah, cuba ambil tengok. he2. Tapi dalam dunia ni manalah nak ada benda yang senang kan, tak percaya? Cuba tanya diri sendiri, betul ke tak apa yang ain cakap, sedangkan nak makan, minum, urus diri semua tu kita yang kena lakukan sendiri bukan robot yang lakukan, kalau kata robot yang lakukan, barulah kita boleh kata senang ja hidup ni, tak perlu begerak mana pun, ada je robot yang buat semua, kita cuma duduk sahaja. Bayangkan robot yang tolong duduk dalam dewan peperiksaan dan jawabkakn peperiksaan untuk kita. Wahh sangat hebat, tapi nak ke kita jadikan robot sebagai permudahkan kerja kita, lama-lama pengakhiran hidup kita berlalu macam tu sahaja, betul tak apa yang ain cakapkan ni, he2, kalau ada yang kata betul tak apelah tapi kalau ada yang kata tak betul ke, merepek je ain ni ke, tu pun tak salah sebenarnya, sebabnya kita ni ramai jadi pelbagai pendapat, pandangan yang boleh kita peroleh, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. :)

Ok lah, daripada ain duk mengarut tak habis-habis baik ain noktahkan ayat, he2.
Nanti kita akan bertemu lagi dengan entri yang seterusnya ye jika ada kelapangan insya Allah.





                                         
                                             Salam Ukhwah : ain ibrahim.

Monday, 18 February 2013

~Penantian Yang Abadi~

Deruan ombak yang menghembus pantai,

Dikala angin melambai-lambai,

Tatkala fikiranku melayang, entah hilang ke mana,

Tapi yang ku rindukan itu, pastikan ku kecapi juga nanti,

Tatkala pantai menggamitkan tangannya kepadaku,

Tatkala bukit-bukit mengalu-alukan kepulanganku,

Tatkala jalan-jalan yang tersedia bagiku untuk merentasinya,


Dan tatkala itu juga diriku ini akan terus menanti buat selamanya,

Tidak akan sesekali untukku terus berhenti untuk menanti,

kerana yang ku inginkan itu, mesti harus ku kecapi,

demi kebahagiaan yang kekal abadi,

nantikan kepulanganku wahai ibu yang tercinta,

akanku cium tanganmu itu,

akanku kucup pipimu yag lembut itu,

akanku kucup dahimu yang ku rindu itu,

doamu ibu, sentiasa ada bersamaku disini,

dan begitu juga diaku buatmu yang tidak pernah terhenti disini.
 Cintaku Selamanya...inilah mak kesayangan ain..
Rindunya dekat mak..
Semoga Allah jaga mak dengan baik ye mak..
Ain akan ingat segala pesan mak..untuk belajar sungguh-sungguh..
Insya Allah..
Amin..