Monday, 18 March 2013

~Senyuman & Respect~

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh...
Salam Ukhwah, Salam Sayang buat para pembaca... :)

Hari ini topik yg agak menarik sedikit..iaitu merangkumi 2 benda digabungkan dalam 1 entry.. :) tak jadi masalah kan? he2..

Ok yg pertama sekali ain nak ceritakan tentang SENYUMAN..ya..senyuman yg mampu mmembuatkan kita bahagia..dalam Islam pun dh pernah cakap dekat kita kan..Senyum itu satu sedekah.. :)
kan mudah tu..bila senyum tu umpama kita sedekah..tak perlukan anda mngeluarkan duit, tenaga atau apa yg membebankan..percayalah.. mungkin dalam masa yg sama, ada org bertanya, kalau kita senyum dekat seseorang tu, tapi dia tak senyum balik pun..baik tak payah senyum...haa tgk..kita fikir mcm tu pula.. cuba jgn fikir mcm tu, cuba fikir yg dia tak perasan kita senyum kat dia ke, dia mood tak elok ke..kan bagus mcm tu..bukan nak kata..tapi mmg realiti senyuman itu mampu membahagiakan.. ain pernah rasa, ada seorang kakak tu, ain senyum dekat dia, lepas tu dia senyum balik..ain rasa bahagia tu sampai ke hati..masa tu ain baru balik kelas, letih-letih..org balas senyuman kita.. Subhanallah..hnya Allah yg tahu...bukan ain nak tipu..mmg banyak kali dah ain rasa benda ni..jadi nak berkongsi la.. :) ada satu hari tu..ain snyum dekat seorang kakak ni..he2..deret kakak ja..enth2 sama umur..he2.. takpe la kot mana pun kan.. he2..ain senyum kat dia, pastu dia senyum balik sambil buat muka mcm mna ye nk gtau..mcm muka kita duk buat kat budak2 kcik tuu...masa tu rasa bahagia sgt..padahal tak kenal pun dia... Itulah hikmah Allah berikan kita senyuman..kita hanya perlu mengukirkannya dengan seikhlas yg mugkin..pasti kita juga turut bahagia.. <3



Ok kita masuk cerita yg kedua pula..cerita ni tak mempunyai kaitan pun dengan yg di atas..

yg ini kita masuk bab RESPECT..mmg ain respect dia..dia? iya..dia..dia yg bgelar seorang pemimpin.. :)
cerita ni berlaku petang tadi waktu ain balik dari kelas nak ke DDP (Dewan Penginapan Pelajar) ain..
ain naik bas..bila naik bas ada la 2 tempat kosong..dan sebelah lagi 2 kerusi tu..adala lagi 1 tempat duduk,pelajar prmpuan la yg duduk..tapi oleh disebabkan ain ingat ada lagi kerusi kat blkg tu..ain pun memilih untuk duduk di kerusi dua yg kosong tu..hu2..bukan apa sebenarnya..ain suka duduk tepi tingkap tu..tu yg lbih suka plih tmpt duduk yg dpt duk tepi tingkap tu..hu2..tanpa disedari dia pun naik..naik dgn kawannya..kawannya duduk di sebelah pelajar perempuan tadi tu..lpas tu dia macam tercari2 kot tempat duduk,ain pun tak perasan sangat sebab tak naklah tengok lebih2..tapi mmg tak cam muka dia sebab ain tak tengok sangat..bukan tak nak tengok tapi rasa segan..jadi buat keputusan untuk duduk kaku kat situ..mmg tak terfikir pun nak tukar tempat duk kat sebelah pelajar perempuan tu..sebab ain rasa macam blur2 ja time tu..duk ralik tengok kat tpi tgkap tu..lepas tu..dia dengan memegang buku yg tebal, buku yg kulit keras tu ada berapa buah tak pasti la..2 buah kot..pastu plastik yg berisi barang..ingatkan dia nak duduk,mmg ain pun bginjak la skit ke tepi tgkp tu..risau juga..sebab kita tahu cara dia mcm mna..melalui penampilan dia..baik la ain rasa..ya ain dapat rasa dia memang baik..mm..berbalik pada tempat duduk tadi..yg ain cakap ain respect tu,mmg ain respect kat dia la..dia tak duduk pun sebelah ain..dia hanya meletakkan buku-buku dia dan plastik yg berisi barang tersebut ja kt sebelah ain..tanpa duduk..ya..dia snggup bdiri kat tepi tu..tu yg ain respect kt dia, 1 sebab dia tak duduk sebelah ain, maknanya dia menjaga batas2 pergaulan..
keduanya sebab dia sanggup berdiri walaupun barang banyak..tapi ya..dia dh letakkan barang dia kan..jadi tak kisahla kalau berdiri pun..dia kan pemimpin..mestilah kuat untuk berdiri..bukannya lama sangat pun..cumanya kat sini ain rasa respect sebab tak pernah lagi jumpa orang yg macam tu kat sini..selalunya kaum Adam ni..kalau dah ada kerusi..duduk sahaja..tak kira la sebelah dia lelaki @ perempuan..yg penting diaorang dapat duduk.. menarik tak?..ha2..tak ape bagi yang kata tak menarik..ain rasa menarikla sbb tak pernah tengok macam tu lagi..yg penting memang ain tetap respect dia..walaupun ada yg anggap..ala benda biasa ja tu..bagi ain tak..yg ini pengalaman dan boleh menjadi 1 soalan, seberapa ramaikah kaum Adam yg mampu buat begitu?..ini yg penting ain nak cakapkan kat sini sebenarnya.. :)

sebagai renungan..

2 perkara yg kita dapat disini iaitu bahagianya SENYUMAN dan RESPECT..kagum kerana masih ada lagi insan sepertinya..

-ain ibrahim-








Lebih kurang macam ni la.. Org yang ain respect tadi tu.. :)

Sunday, 17 March 2013

~ Ku Nantikan Sebuah Pertemuan ~

Setiap masa akanku tunggu,
Setiap detik akanku hitung,
Setiap saat akanku terus berharap,
Berharap akan sesuatu yang masih ku tercari-cari selama hidupku ini,
Andai masa, detik dan saat itu rezekiku, pastinya akanku limpahkan syukur buatMu Ya Allah,
Andai masa, detik dan saat itu bukan rezekiku, maka itu adalah satu kerugian yang amat ku kesali selama hidupku,
Andai umurku masih panjang, masih mampu untukku menunggu kepulanganmu di sini,
Andai umurku hanya setakat ini, hanya doa yang ku harapkan agar ketenangan menjemputku disana,
Andai rezeki itu milik kita, akanku bertemu denganmu, walau sekadar memahami dan melunaskan apa yang perlu ku tunaikan dan apa yang patutku pelajari, akanku hargai saat itu dan tidak mungkin akanku sia-siakan pencarianku selama ini.
Doaku agar kekuatan bersamamu, dalam berjuang dan bertaruh nyawa buat insan yang dicintai yakni permata hatimu.
Doaku agar sempat bertemu denganmu, dalam mencari sebuah pencarian.


Salam Sayang : -ain ibrahim-








Saturday, 2 March 2013

~MaLaM YanG InDaH~

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya..
malam ni adalah malam yang sangat manis la juga kalau nak kata..
rasa best buat assgment ni..menjadi pengulas acara..dalam best2 tu ada letihnya juga.letih dekat suara..
he2..ada juga orang ingat kami baca mantera tadi masa duk praktis..he2..ada ke patut?.. tapi lepas tu..kami buat yang terbaik..mmg bestla.. :)
tapi pengalaman la..pengalaman yang akan mengajar kita supaya buat lebih baik lagi pada masa akan datang..tapi baru selasai satu daripada 5 assgment..belum wat lagi assgment membaca berita,temubual,membaca rencana dan membuat sinopsis yang paling akhir sekali..banyak lagi sebenarnya..
hu2..semester kedua ni..tugasan makin mencabar..jadi hati kenala kuat..hu2..
masalahnya..kuat ke ain ni? aduhaiii..sabar jela kan..3 tahun je lagi nak duduk kat sini.. :)
 lepas tu..tak jumpa lagi dah situasi macam sekarang ni..macam2 yang ada kat sekeliling kita ni kalau la kita perasan dan peka dengan keadaan sekeliling..
apa apapun kena kuat..tu je yang penting...dan selalu kena ingat perkataan ni..
 NORAIN IBRAHIM MESTI BOLEH PUNYA..INSYA ALLAH AMINNN... :)
inilah kekuatan semangat yang ain duk pegang selama ini.. sebab perkataan-perkataan inilah yang selalu diungkapkan oleh orang yang ain sayang..macam mak ain...cikgu ain..kawan-kawan ain...
kakak-kakak,abang dan semua orang yang ain sayang.. :)
oklah..jumpa lagi..selamat malam semua..semoga tidur kalian diselimuti oleh rahmat dan kasih sayangNya.. aminnn.. <3

Sunday, 24 February 2013

~Tidur~

Assalamualaikum..selamat pagi semua.. :)
harap-harap pagi ini kita semua dilimpahi rahmatNya..
ditambah pula dengan hujan rahmat pagi ini...
ya hujan..sejuk sahaja pagi ni, bangun dengan segar untuk ke kelas walaupun masih mengantuk.. tetapi tadi ni, tunggu pensyarah selama setengah jam agaknya, dah tak datang kami semua pakat-pakat pulang ke DPP masing-masing (bagi yang tak ada kelas la) macam ain ni.. he2.. bagi yang ada kelas masih terus melangkah menuju destinasi yang seterusnya.. he2..macam apa-apa je ayat ain ni kan, ala-ala skema sikit ditambah dengan ayat-ayat bunga, he2.. itulah ain.. 
tapi macam mana pun, masih ada kelas lepas ni jam 12.30 pula, kelas asas keusahawanan.. sajala update blog ni, bukan apa pun sebenarnya, hanya untuk mengelakkan diri daripada tidur.. biasalah dah menjadi rutin pelajar u, ada ja masa terluang sikit, mulalah cari peluang untuk tidur, semua tu perkara biasa kan.. he2.. tidur dah lewat, mula la nak manjakan diri untuk tidur bila ada waktu terluang.. Ok, bila bercakap soal tidur, ain teringat balik kata-kata pensyarah ain, pensyarah cakap (lebih kurang macam ni la,cuma ada yang ain tokok tambah sikit-sikit untuk sedapkan ayat supaya semua faham,he2..), kalau kita ni asyik tidur sahaja, sebenarnya kita rugi sangat-sangat, sedangkan banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya, kalau kita tidur je maknanya hidup kita hari tu macam kosong la sebab tak diisi dengan sesuatu, pensyarah kata cukuplah kita tidur 8 jam tu je, tak perlulah tidur yang berlebihan, tapi ain faham, di u ni pelajar bukannya dapat tidur cukup pun kan 8 jam, ada yang buat assgmentnya lah, ada yang study, ada yang layan facebook ada yang macam-macam lagi, jadi tidur pun lewat..he2.. tapi kita kenalah pandai-pandai jaga masa kita ni ye semua, kalau tidur lewat sebab assgment,study ke..tak menjadi masalah tapi janganla layan facebook ke, blog ke atau benda yang kita rasa tak perlu sangat.. tapi ain tak kata tak boleh layan fb, boleh.. cuma kena pada waktunya lah ye, teguran ni bukan untuk yang di luar sana sahaja, tapi masih berbalik pada menasihati diri ain ni juga, kita ni semua sama sahaja..ok.. sama-sama kita saling tegur menegur dan berkongsi apa yang ada.. oklah, jumpa lagi...nak siap ke kelas pula ni...nanti lewat pula.. tata semua..


Friday, 22 February 2013

~Perjalanan Hidup Seorang Insan~


Hari-hari yang mendatang...dia lalui dengan begitu sepinya...sayu hatinya taktala dia ingin melayari hari-hari yang berikutnya..kata hati..mahu sahaja dia pergi jauh daripada segala permasalahan dunia...DUNIA??? apa yang ada pada dunia..hanya kesibukan para insan yang terlalu alpa dengan duniawi...mana perginya nilai kasih dan sayang yang Allah kurniakan pada kita...dia berfikir dan terus berfikir...apakah yang mungkin terjadi pada dunia yang akan datang...hidup penuh dengan kekerasan..tanpa belas dan kasih...adakah mereka sedar,Allah sudah mengurniakan nikmat kasih dan sayang dalam diri setiap umat manusia...tapi mereka masih lagi angkuh dengan kehebatan diri..tanpa memandang pada dirinya yang begitu sepi meratapi hari-hari yang mendatang....






Thursday, 21 February 2013

~Salam Ukhwah untuk semua~



Assalamualaikum semua, apa khabar saudara saudari hari ini? Ya diharapkan semoga semua berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya. Blog ini baru sahaja ain buat, tu yang macam kosong lagi. Maklumlah baru belajar-belajar nak buat blog ni, sebenarnya dari dulu lagi nak buat, nak buat tak buat-buat juga he2. Tapi tak apelah sekarang kan dah buat. :)
Ain ni sebenarnya suka juga menulis-menulis ni, tapi sebenarnya tak la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh la.
Tambahan pula, ( ambui ayat ) he2 mula mengarut dah ain ni, tak adalah bukan apa cuma latihkan diri supaya boleh menulis dengan lebih baik lagi, manala tahu jadi wartawan ke satu hari nanti he2,
(wartawan lah sangat) :) . Sekarang ni ain sedang melanjutkan pengajian di dalam bidang-bidang media ni sebenarnya, tapi wartawan tu tak mungkinlah majoring yang akan ain pilih sama sekali, sebab nak jadi wartawan ni dia perlu hidup di dalam 1 dunia lain bila kita dah cebur dalam bidang ni, maksudnya DUNIA WARTAWAN sahaja yang ada dalam hidupnya, tetapi dalam masa yang sama ramai yang kata wartawan ni best, apa-apapun dia bergantung kepada minat juga. Tak apelah, masih ada dua majoring lagi iaitu penyiaran dan pengiklanan, jadi cuma perlu pilih la. He2, bukan senang nak pilih sebenarnya, sekarang ni baru semester kedua ain belajar di sini, jadi di semester ini kami baru belajar asas-asas di antara ketiga-tiga bidang ini, semester ketiga baru buat pilihan, tengoklah nanti macam mana ye. Insya Allah ain akan pilih yang terbaik. Doakan ain ye. :)

Bukan senang sebenarnya kos ni, ada orang ingat mudah, cuba ambil tengok. he2. Tapi dalam dunia ni manalah nak ada benda yang senang kan, tak percaya? Cuba tanya diri sendiri, betul ke tak apa yang ain cakap, sedangkan nak makan, minum, urus diri semua tu kita yang kena lakukan sendiri bukan robot yang lakukan, kalau kata robot yang lakukan, barulah kita boleh kata senang ja hidup ni, tak perlu begerak mana pun, ada je robot yang buat semua, kita cuma duduk sahaja. Bayangkan robot yang tolong duduk dalam dewan peperiksaan dan jawabkakn peperiksaan untuk kita. Wahh sangat hebat, tapi nak ke kita jadikan robot sebagai permudahkan kerja kita, lama-lama pengakhiran hidup kita berlalu macam tu sahaja, betul tak apa yang ain cakapkan ni, he2, kalau ada yang kata betul tak apelah tapi kalau ada yang kata tak betul ke, merepek je ain ni ke, tu pun tak salah sebenarnya, sebabnya kita ni ramai jadi pelbagai pendapat, pandangan yang boleh kita peroleh, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. :)

Ok lah, daripada ain duk mengarut tak habis-habis baik ain noktahkan ayat, he2.
Nanti kita akan bertemu lagi dengan entri yang seterusnya ye jika ada kelapangan insya Allah.





                                         
                                             Salam Ukhwah : ain ibrahim.

Monday, 18 February 2013

~Penantian Yang Abadi~

Deruan ombak yang menghembus pantai,

Dikala angin melambai-lambai,

Tatkala fikiranku melayang, entah hilang ke mana,

Tapi yang ku rindukan itu, pastikan ku kecapi juga nanti,

Tatkala pantai menggamitkan tangannya kepadaku,

Tatkala bukit-bukit mengalu-alukan kepulanganku,

Tatkala jalan-jalan yang tersedia bagiku untuk merentasinya,


Dan tatkala itu juga diriku ini akan terus menanti buat selamanya,

Tidak akan sesekali untukku terus berhenti untuk menanti,

kerana yang ku inginkan itu, mesti harus ku kecapi,

demi kebahagiaan yang kekal abadi,

nantikan kepulanganku wahai ibu yang tercinta,

akanku cium tanganmu itu,

akanku kucup pipimu yag lembut itu,

akanku kucup dahimu yang ku rindu itu,

doamu ibu, sentiasa ada bersamaku disini,

dan begitu juga diaku buatmu yang tidak pernah terhenti disini.
 Cintaku Selamanya...inilah mak kesayangan ain..
Rindunya dekat mak..
Semoga Allah jaga mak dengan baik ye mak..
Ain akan ingat segala pesan mak..untuk belajar sungguh-sungguh..
Insya Allah..
Amin..